HUBUNGI KAMI  /  PRODUK-PRODUK produk-produk

 

 

 

 

Utama
3R
SISA MAKANAN
MINYAK MASAK TERPAKAI
E-WASTE
PEMANASAN GLOBAL
SUMBER ASLI
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
SUDUT PAMERAN & TAPAK AKTIVITI
E-WASTE

E-waste merupakan barangan elektrik dan elektronik yang sudah tidak mahu digunakan atau sudah rosak. Mengikut definisi Eropah e-waste ialah (Waste Electrical and Electronic Equipment (WEEE) and Restriction of Hazardous Substances (RoHS). Pengurusan bahan-bahan elektrik ini adalah amat penting, sekiranya bahan e-waste yang tidak terurus ianya boleh:

 
E-Waste

• Meresap ke air bawah tanah (groundwater)

• Terlepas ke udara

• Masuk ke dalam kitaran kehidupan

• Pencemaran kepada pertanian dan penternakan

• Mutasi dan kecacatan kepada makluk hidup dan alam.

• Menjejaskan alam sekitar – kepupusan spesis.


Sekolah Menengah Han Chiang merupakan sebuah sekolah yang mengamalkan konsep mesra alam. Demi membantu menjayakan konsep e-watse sekolah kami juga mengumpul barangan-barangan elektrik yang terpakai. Barangan-barangan yang telah dikumpul akan dihantar ke PEWOG (The Penang Environment Working Group) bagi tujuan kitar semula. Dengan ini, pelajar dapat memahami cara-cara pengendalian bahan-bahan elektrik terpakai serta mempelajari kepentingan penjagaan alam sekitar. Selain itu, pelajar juga membantu sekolah dalam pelaksanaan program ini dengan membawa barangan elektrik yang rosak atau tidak terpakai dari rumah mereka. Secara tidak langsung, pelajar dapat memupuk semagat kepentingan penjagaan alam sekitar dikalangan ahli keluarganya.


Slideshow Free Download :

E- WASTE (tekan sini..)