Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia

Pada 4 April (Selasa) dan 6 April (Khamis), Sekolah Menengah Han Chiang telah mengadakan Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia di kelas SE21 selama dua hari. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan prestasi murid dalam penguasaan Bahasa Malaysia. Selain itu, pihak sekolah juga berharap agar bakat terpendam murid-murid dapat dicungkil melalui pertandingan syarahan tersebut.
Sebelum pertandingan syarahan bermula, juruacara menyatakan bahawa pemarkahan untuk pertandingan tersebut adalah seperti berikut: isi kandungan,sebutan,intonasi dan gaya. Masa untuk satu tajuk syarahan bagi peserta ialah 4 minit sahaja. Loceng akan berbunyi apabila masa tiba 3 minit dan akan berbunyi pada kali yang kedua apabila masa tiba 4 minit. Lepas itu, peserta-peserta mesti berhenti bersyarah. Para wakil hakim bagi kategori C merujuk kepada Cikgu Poh Sok Boey, Cikgu Alice Beh dan Cikgu Grace Low manakala wakil hakim untuk kategori B dan A adalah Cikgu Lee Bee Leng, Cikgu Teh Bin Hooi dan Cikgu Khairul.
Pada hari pertama (4 April) ,pertandingan syarahan untuk kategori B dan A telah bermula pada pukul 2.30 petang.Seramai 15 orang murid melibatkan diri dalam pertandingan ini.Para peserta menghafal teks bagi membuat persediaan yang terakhir sebelum menampil ke atas pentas. Walaupun terdapat beberapa orang peserta telah terlupa kata-kata, namun mereka masih mencuba sedaya upaya untuk teruskan penyampaian syarahan dengan segera.Mereka menunjukkan semangat yang tidak mudah berputus asa. Peserta lain juga telah memberikan syarahan yang menarik.
Selepas peserta terakhir menghabiskan syarahannya, para wakil hakim turut memberi markah lalu mengumumkan keputusan pertandingan syarahan untuk kategori C Chon Yu Qi dari kelas J2E2 telah memenangi johan, manakala naib johan adalah Ong Jaden dari J2E1 dan tempat ketiga adalah Elise Ooi dari kelas J2E3. Dua sagu hati juga dianugerahkan kepada Lee Ming Yi dari J21 dan Looi Evan Yvon dari J2E2.
Pada hari kedua (6 April), seramai 21 orang murid menyertai pertandingan syarahan kategori B. Para peserta berkeyakinan tatkala menyampaikan syarahan dan telah mendapat pujian daripada para wakil hakim.
Setibanya saat pengumuman keputusan pertandingan syarahan untuk kategori B, anugerah johan telah dimenangi oleh Chin Sing Yu dari J3E1, manakala naib johan dan tempat ketiga jatuh kepada Toh Jin Yen dari S1 dan Anastasia dari SE11. Di samping itu, dua sagu hati jatuh kepada Daryl Yeoh dari J33 dan Chon Feng Qi dari SE11.
Selepas pertandingan berakhir, guru pengadil pula menyampaikan piala dan sijil penghargaan kepada para pemenang. Juruacara mengucapkan ribuan terima kasih kepada para wakil hakim dan peserta yang turut menyertai sesi pertandingan ini. Dia mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Malahan, bagi peserta yang tidak menerima anugerah, dia berharap bahawa mereka akan terus berusaha pada masa depan.
Salah seorang peserta bernama Chon Yu Qi dari kelas J2E2 menyatakan bahawa dia menyertai pertandingan syarahan ini kerana dia mempunyai minat yang mendalam untuk bersyarah. Dia mengatakan bahawa bersyarah dapat memahirkan keberaniannya di atas pentas. Oleh demikian, dia tidak berasa gementar apabila menghadapi kesukaran dalam masa depan. Dia juga menerangkan bahawa cabaran yang dia kini harus harungi adalah menghafalkan skrip. Untuk mengatasi masalah ini, dia mengambil masa berlatih berulang-ulang kali setiap hari.
Tema syarahan kepada pelajar Chon ialah ‘Akhlak Mulia Keluarga Bahagia’, dia berharap agar akhlak mulia dapat dipupuk untuk hidup yang bahagia melalui syarahannya. Dia mendedahkan akan kunci untuk mencapai syarahan yang berjaya adalah rajin berlatih dan mencari cara-cara untuk menyelesaikan kesukaran semasa bersyarah. Pelajar Chon berkata bahawa dia memenangi pertandingan ini sebab fikirannya yang positif. Sebelum memberi syarahannya di atas pentas, dia akan bertenang minda yang cemas supaya tidak terlupa kata-kata dalam pertandingan. Akhir sekali, dia semoga dia bileh menunjukkan prestasi yang terbaik.
Keputusan:
Kategori C :
Johan : Chon Yu Qi (J2E2)
Naib johan : Ong Jaden ( J2E1)
Tempat Ketiga : Elise Ooi (J2E3)
Dua sagu hati :
Lee Ming Yi ( J21)
Looi Evan Yvon (J2E2)
Kategori B :
Johan : Chin Sing Yu ( J3E1)
Naib johan : Toh Jin Yen (S1)
Tempat Ketiga : Anastasia (SE11)
Dua Sagu hati:
Daryl Yeoh (J33)
Chon Feng Qi (SE11)
Kategori A :
Johan : Lai Pei Yin (S3)
Comments for this post are closed.