Pada 16 April 2024 (Selasa) dan 18 April 2024 (Khamis), Persatuan Bahasa Malaysia dan Subjek Group Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Han Chiang telah mengadakan Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia 2024 di Pusat Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Han Chiang selama dua hari. Matlamat pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa para pelajar dan memupuk minat para pelajar terhadap Bahasa Malaysia. Selain itu, pihak sekolah juga berharap agar dapat menguji keberanian para pelajar dan mencungkil bakat mereka.
Jumlah bilangan calon pertandingan ini mempunyai 40 orang pelajar yang terdiri daripada tiga kategori, kategori A, B, dan C. Kategori A terbuka kepada pelajar tingkatan 5 hingga 6, kategori B bagi pelajar tingkatan 3 hingga 4, manakala kategori C adalah untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Para peserta diberi masa tidak melebihi 3 dan 4 minit untuk menyampaikan syarahan masing-masing dan para pengadil yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Menengah Han Chiang akan memberikan pemarkahan. Pemarkahan untuk pertandingan tersebut adalah seperti berikut: kandungan, kelancaran dan kefasihan berbahasa, sebutan dan intonasi, dan penyampaian. Bagi para pemenang, mereka akan dihadiahi piala dan sijil penghargaan oleh pengadil.
Para peserta menyampaikan syarahan mereka dengan penuh semangat dan keyakinan diri. Para pengadil juga memberikan markah mengikut prestasi para peserta dengan adil dan saksama. Selepas semua peserta telah menyampaikan syarahan mereka, para pengadil menjumlahkan markah mereka dan mengumumkan semua pemenang dan memberikan trofi dan sijil kepada mereka.
Iris Tan Yi Hong dari kelas S2 menyatakan bahawa dia menyertai pertandingan syarahan ini kerana dia ingin mengambil peluang ini untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Malaysia. Dia juga boleh membuat kemajuan yang baik dalam tatabahasa dan sebutan perbendaharaan kata melalui pertandingan ini. Dia juga dapat mengumpul pengalaman diri dan memupuk keyakinan diri. Tetapi, kekurangan masa latihan menjadi masalah yang terbesar kepada Iris untuk menghadapi pertandingan ini. Hal ini demikian kerana dia mempunyai banyak aktiviti dan latihan kokurikulum yang menyebabkan pengaturan masa yang lemah, latihan yang tidak mencukupi, dan persediaan yang tidak mahir.
Oleh itu, dia bergantung kepada latihan berterusan, pengalaman yang terkumpul, dan bimbingan daripada guru sekolah untuk membuat penyediaan walaupun dia tidak pernah menerima latihan atau bimbingan profesional. Itulah sebab Iris dapat mencapai keputusan yang cemerlang. Akhir sekali, dia berharap agar dia akan cuba sedaya upaya untuk menyertai lebih banyak pertandingan syarahan serupa begini untuk mengumpul pengalaman dan belajar daripada orang lain dan memajukan diri.
Tema syarahan kepada Isabelle Wong Tsering dari kelas SE11 ialah ‘Kenapa ada gejala buli dan bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah ini?’. Dia menyatakan bahawa tahun depan merupakan tamat pengajian dia dan dia tidak pernah mencuba pertandingan syarahan bahasa Malaysia. Oleh itu, dia berharap agar dapat menyertai lebih banyak pertandingan seperti ini untuk menimba pengalaman.
Namun begitu, Isabelle juga menghadapi cabaran untuk mencari manuskrip yang baik, menghafal skrip dan membuat perubahan. Hal ini kerana dia biasanya bercakap dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Jadi, ini menjadi perkara yang sukar kepadanya kerana banyak perkataan tidak dapat mudah difahami. Oleh itu, dia memilih topik syarahan ini yang lebih mudah. Akhir sekali, Isabelle berharap agar dia akan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh demi memperoleh prestasi yang terbaik dalam pertandingan syarahan yang akan datang.
Keputusan:
Kategori A
Johan – Toh Jin Yen S2
Naib Johan – Poo Shao Rui S2
Tempat Ketiga – Iris Tan Yi Hong S2
Sagu hati – Tan Jing Shan C32, Zoe Thenh Qian Wen C32
Kategori B
Johan – Chin Sing Yu SE11
Naib Johan – Elise Ooi Xin Er J3E3
Tempat Ketiga – Chan Yi Jie J33
Sagu hati – Daryl Yeoh Chin Khai S1, Chon Yu Qi J3E2
Kategori C
Johan – Chong Wai Khuen J1E ZHI
Naib Johan – Lee Ning J23
Tempat Ketiga – Ng Xin Yen J1 XIN
Sagu hati – Beh Ying Xin J1 QIN , Chloe Chew En Yi J23
Recent Comments