Meningkatkan kebolehan pertuturan Bahasa Malaysia Pertandingan Forum Bahasa Malaysia 2024
Bak kata pepatah: “Bersatu teguh, bercerai roboh.” Oleh itu, peserta-peserta pertandingan forum Bahasa Malaysia telah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan ini. Pertandingan Forum Bahasa Malaysia 2024 dijalankan pada 21 Mar 2024, dari pukul 11.00 pagi hingga pukul 2.30 petang di Pusat Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Han Chiang. Tujuan pertandingan ini diadakan bukan sahaja adalah untuk meningkatkan kebolehan pertuturan Bahasa Malaysia murid-murid tetapi juga mencungkil bakat murid-murid dalam aspek itu. Terdapat 7 kumpulan dan 33 orang murid yang terlibat dalam pertandingan ini. Dr. Anis Shahirah Abdul Sukur dan Dr. Zarul Fitri bin Zaaba merupakan hakim untuk pertandingan forum tahun ini.
Pada pukul 11.00 pagi, semua peserta berkumpul di kelas JE03 di Pusat Bahasa Inggeris dengan bersemangat tetapi gugup, berbincang dengan kumpulan masing-masing. Selepas ucapan singkat, pertandingan forum telah bermula, semua usaha mereka telah membawa kepada momen ini. Kumpulan-kumpulan berbahas dengan fasih dan yakin manakala hakim serta peserta lain mendengar dengan teliti. Semua kumpulan telah memberikan prestasi yang luar biasa kerana mereka mengunakan masa yang lama untuk membuat persediaan.
Selepas pertandingan forum tamat, semua peserta berehat sebentar di luar kelas supaya hakim dapat menjumlahkan markah mereka. Kemudian, ucapan telah disampaikan oleh guru untuk mengekspresikan kesyukurannya dan memuji peserta-peserta yang memberikan prestasi yang cemerlang. Akhirnya, pemenang-pemenang telah diumumkan dan dianugerahkan. Pertandingan Forum Bahasa Malaysia 2024 pun tamat pada pukul 2.30 petang.
Menurut kata-kata Cikgu Choy – penganjur pertandingan forum, tujuan-tujuan pertandingan ini adalah untuk mencari dan memilih murid-murid yang berkompeten untuk bertanding dalam pertandingan serantau. Pada pendapatnya, meningkatkan pertuturan Bahasa Malaysia penting untuk bercakap dengan lebih fasih. Dengan ini, murid-murid dapat berkomunikasi dengan jelas. Beliau sangat berpuas hati dengan prestasi peserta-peserta, mereka juga berminat untuk memperbaiki diri. Akhirnya, beliau juga menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan yang serupa pada masa hadapan.
Selain itu, kumpulan johan telah berkata bahawa mereka menyertai pertandingan ini kerana mereka adalah rakan baik sejak pertandingan tahun lepas, dan berjanji untuk menyertai pertandingan tahun ini untuk meningkatkan prestasi mereka lagi. Ketua kumpulan itu sangat menghargai rakan sekerja dia kerana mereka kekal dan berminda positif walaupun semua perjuangan yang mereka hadapi. Persediaan mereka mengambil masa beberapa minggu kerana mereka bukan sahaja perlu menghafal skrip, tetapi juga berlatih menjawab soalan spontan. Tambahan pula, apabila salah seorang daripada kumpulan mereka mahu berputus asa, rakan-rakan pasukan mereka akan memberi sokongan dan motivasi mereka untuk terus berusaha.
Kesimpulannya, Bahasa Malaysia sangat penting dan tidak boleh pelajar abaikan. Oleh itu, pelajar digalakkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan Bahasa Malaysia mereka.
Keputusan:
Johan:
Chin Sing Yu (SE11)
Iris Tan Yi Hong (S2)
Toh Jin Yen (S2)
Anastasia Belle Lee Shin (SE21)
Daryl Yeoh Chin Khai (S1)
Naib Johan:
Shannel Ng Shi Hern (SE11)
Theophila Cheah Hui Xian (SE11)
Isabelle Wong Tsering (SE11)
Boo Chai Xuan (SE11)
Tempat Ketiga:
Chon Yu Qi (J3E2)
Elise Ooi Xin Er (J3E3)
Looi Wvan Yvon (J3E2)
Chan Yi Jie (J33)
Saguhati:
Jordan Goh Theng Wern (S1)
Hui Hao Juin (C11)
Alfred Tan (S1)
Reuben Ooi Yee Hern (S1)
Koh Kai Rui (S1)
Pengerusi Terbaik: Chin Sing Yu (SE11)
Ahli Panel Terbaik: Chan Yi Jie (J33)
Comments for this post are closed.