
Pertandingan Forum Bahasa Malaysia: Platform Meningkatkan Kemahiran Komunikasi
Pada 20 Februari 2025, Sekolah Menengah Han Chiang telah menganjurkan Pertandingan Forum Bahasa Malaysia yang berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang di Bilik Stanford, Pusat Bahasa Inggeris. Sebanyak lima pasukan, masing-masing terdiri daripada empat peserta, telah bertanding dalam acara ini.
Tujuan mengadakan pertandingan forum ini adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan menggalakkan pelajar untuk menyampaikan pandangan mereka secara jelas dan tersusun. Ini membantu mereka meningkatkan kemahiran bertutur dan pemikiran logik.
Dua orang profesor dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah dijemput sebagai hakim. Semua pasukan menunjukkan usaha terbaik mereka, berdebat dengan penuh keyakinan dan kemahiran. Walaupun kemenangan menjadi sasaran, pertandingan ini turut menjadi platform pembelajaran yang berharga. Para peserta memperoleh banyak ilmu dan nasihat daripada hakim, sekaligus memperkukuh kemahiran komunikasi mereka.
Sebagai penghargaan atas keberanian mencuba pertandingan unik ini, setiap peserta menerima hadiah kecil. Berikut adalah keputusan pertandingan:
Panel Terbaik:
Chan Yi Jie (S1)
Pengerusi Terbaik:
Jordan Goh Theng Wern (S2)
Johan:
Chan Yi Jie (S1)
Daryl Yeoh (S2)
Liew Ler Yee (J3E1)
Chon Yu Qi (SE11)
Naib Johan:
Loh Hui Jie (S2)
Jordan Goh Theng Wern (S2)
Ong Lee Kai Jia (S2)
Hui Hao Juin (S2)
Tempat Ketiga:
Saw Sueann (SE11)
Chong June Ee (SE11)
Wong Yeok Hei (SE11)
Clement Goh Yu Xun (SE11)
Pertandingan ini bukan sahaja mengasah kebolehan berforum tetapi juga mengeratkan hubungan antara peserta dari pelabagi kelas. Semoga lebih ramai pelajar menyertai pertandingan ini pada masa hadapan.
Comments for this post are closed.